Ariedo Braida mengesahkan Barcelona sedang memantau perkembangan penyerang Sporting CP, Gelson Martins.

Martins telah meningkatkan mutu permainan, sekali gus menjadi pemain yang penting di Lisbon sejak menyertai skuad utama musim lalu.

Peninjau Barca telah menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu beraksi tetapi Braida berkata Martins perlu layak untuk beraksi bersama Portugal terlebih dahulu, jika mahu berhijrah ke Camp Nou.

"Apa yang boleh saya katakan adalah kami sedang memantau perkembangan Gelson," kata Braida.

"Dia merupakan pemain yang muda dan berbakat. Barcelona akan terus memantau perkembangannya. Kami sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain dan Gelson adalah salah seorang daripadanya.

"Dia memiliki potensi untuk menjadi pemain yang berkualiti."

Pemain sayap itu mempunyai kontrak bersama Sporting sehingga Jun 2021.