Celta Vigo melantik Oscar Garcia sebagai pengurus baru sehingga penghujung musim 2019-20.

Pasukan yang bergelut dalam LaLiga itu -- menduduki tangga ke-18 dengan sembilan mata selepas tewas empat perlawanan berturut-turut -- melantik bekas pemain Barcelona itu selepas memecat Fran Escriba susulan kekalahan 0-1 kepada Getafe semalam.

Sepanjang karier kejurulatihannya, Garcia telah menjelajah pelbagai liga di sekitar Eropah, termasuk ketika membimbing Maccabi Tel Aviv muncul juara di Israel.

Dia juga pernah meraih dua kejuaraan bersama Salzburg di Austria sebelum meninggalkan kelab Greece, Olympiacos, April lalu.

Garcia turut pernah berkelana di England dengan mengendalikan Brighton and Hove Albion dan Watford walaupun hanya betahan selama 27 hari dengan The Hornets sebelum mengundurkan diri disebabkan faktor kesihatan pada 2014.

Tugasan pertamanya bersama Celta akan menyaksikan kepulangannya ke Camp Nou untuk berdepan bekas majikannya dan pendahulu LaLiga, Barcelona, hujung minggu ini.