Fitri kecewa lambakan pemain muda jadi alasan pengurusan

Oleh Staff Writer 4 Januari 2020 2284
Fitri kecewa lambakan pemain muda jadi alasan pengurusan
Bekas pertahanan Kuala Lumpur, Fitri Omar, menegaskan tindakan beberapa persatuan bola sepak negeri dan kelab meminggirkan pemain senior adalah tidak adil.

Bekas tonggak Angkatan Tentera Malaysia, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu itu berpendapat pemain senior telah memberi sumbangan besar kepada pasukan.

"Yang bawa cabaran pasukan daripada saingan liga sehingga Piala Malaysia adalah pemain senior. Ia tidak adil. Apabila lihat pemain lebih umur, terus katakan tidak boleh. Ia disebabkan pengurusan yang terlalu melihat faktor usia," katanya.

Sementara itu, pertahanan PJ City, Syazwan Zaipol Bahri, mempertahankan lambakan kehadiran pemain muda dalam kancah Liga Malaysia.

Sambil menyifatkannya sebagai persaingan sihat, bekas pemain skuad B-22 kebangsaan itu mengakui keutamaannya mendapatkan peluang beraksi berbanding permintaan gaji tinggi. 

"Tentang gaji tidak boleh diperkatakan kerana ia adalah rezeki masing-masing. Saya ke sini terima sahaja apa yang diberi. Tidak banyak tetapi cukup untuk dapatkan peluang beraksi. Apabila dapat bermain, baru boleh fikirkan soal gaji," katanya.

Kredit foto: TFC



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen