Final Piala AFF: Aidil, Syazwan hampir pulih 

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2018 1342
 Final Piala AFF: Aidil, Syazwan hampir pulih 
Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, memberi khabar gembira apabila mengesahkan dua tonggak utamanya, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Syazwan Andik Ishak, semakin pulih daripada kecederaan, sekali gus bakal diturunkan untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

"Kedua-dua pemain itu semakin hampir pulih 100 peratus.

"Kami mempunyai tempoh dua hari lagi untuk membuat persiapan. Yang penting semua pemain perlu bersedia. 

"Syahmi Safari juga boleh bermain dalam pertemuan kedua perlawanan akhir," kata pengendali itu ketika ditemui sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), sebentar tadi. 

Skuad negara dijangka mengharungi perlawanan di bawah cuaca yang berbeza dengan suhu sejuk mencecah 15 darjah Celsius. 

"Pemain sedar cuaca di Hanoi sedikit sejuk dan perlawanan itu mungkin berlangsung dalam keadaan hujan. 

"Kami belum pasti tetapi apa yang penting, pemain harus bersedia untuk mengharungi perlawanan dalam sebarang cuaca sekalipun. 

"Kami perlu bersedia dengan apa jua keadaan," katanya lagi. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen