Feyenoord tetap mahu ke Liga Europa

Oleh Penulis Jemputan 2 November 2017 266
Feyenoord tetap mahu ke Liga Europa
Pengurus Feyenoord, Giovanni van Bronckhorst, tetap yakin harapan untuk sekurang-kurangnya layak ke pentas Liga Europa dapat dicapai walaupun masih gagal meraih sebarang mata selepas empat aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Feyenoord tewas 1-3 di tangan Shaktar Donetsk di tempat lawan, yang meletakkan mereka di tangga terbawah Kumpulan F dengan berbaki dua perlawanan.

Anak-anak buah Van Bronckhorst tampak berpeluang untuk mengutip mata di tempat lawan apabila Nicolai Jorgensen menanduk masuk gol pertama selepas 12 minit perlawanan.

Bagaimanapun, dua gol pantas daripada Shaktar sebelum Marlos menjaringkan gol ketiga membolehkan pelawat berada tiga mata di belakang pasukan di tangga ketiga kumpulan, Napoli.

"Kami sedar kami perlu mendapatkan kemenangan untuk meneruskan peluang dalam UCL.

"Feyenoord bernasib baik Manchester City menewaskan Napoli, jadi kami masih mampu untuk ke Liga Europa.

"Saya melihat pasukan saya terus meningkat dalam setiap perlawanan. Jika anda beraksi seperti hari ini, bermaksud anda telah meningkatkan prestasi, cuma tidak bernasib baik untuk memperoleh keputusan yang dimahukan," katanya.

Dalam masa sama, pengendali Shaktar, Paulo Fonseca, memuji aksi pasukannya walaupun lawan mempamerkan saingan sengit.

"Kami mendominasi perlawanan dengan baik. Saya rasa ia keputusan yang bagus.

"Pasukan kami sentiasa tenang dan yakin walaupun sewaktu dibolosi.

"Dua kemenangan bertemu juara Belanda pastinya akan kekal dalam ingatan kami," ujar Fonseca.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen