Felipe Anderson sertai Porto secara pinjaman

Oleh Ammar Hakim 7 Oktober 2020 78
Felipe Anderson sertai Porto secara pinjaman
Porto telah menandatangani Felipe Anderson dari West Ham secara pinjaman hingga penghujung musim ini.

Pemain kebangsaan Brazil itu menjadi pemain termahal The Hammers pada 2018 apabila berhijrah dari Lazio dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta.

Bagaimanapun, Pemain berusia 27 tahun itu hanya beraksi selama satu minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-21.
 

Porto, yang sebelum ini menandatangani pemain Chelsea, Malang Sarr, sehingga tamat musim ini, turut meraih perjanjian pinjaman pemain tengah Liverpool, Marko Grujic.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menikmati dua musim dipinjamkan kepada kelab Bundesliga, Hertha Berlin.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen