Persaingan sengit dalam final berpihak kepada Felda Terengganu yang menjulang kejuaraan Liga Felda 2016 setelah mengecewakan Felda Segamat JDT menerusi sepakan penalti 5-4.

Komuniti Felda sudah pasti bangga dengan aksi final edisi ini setelah kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang tinggi dan prestasi baik.

Gol pertama Felda Segamat hadir melalui Mohd Hafiz Husin, namun Terengganu mencipta gol penyamaan daripada Raimi Ngah.

Peminat di Stadium disajikan persembahan yang mendebarkan oleh kedua-dua pasukan dengan empat lagi gol disumbat sehingga masa penuh.

Setelah seri 3-3, perlawanan harus diputuskan melalui penentuan sepakan penalti, Felda Terengganu muncul juara setelah menumpaskan Felda Segamat JDT melalui sepakan penalti 5-4.