Senarai pemain bagi kem latihan kebangsaan sepatutnya dikeluarkan hari ini namun terpaksa ditunda ekoran pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi yang mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri.

Difahamkan satu keputusan melibatkan kem latihan skuad negara akan di putuskan selepas selesai mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berlangsung esok dan ini reaksi Setiausaha Agung badan induk itu, Stuart Ramalingam, berkenaan pengumuman petang tadi.

"Sepatutnya senarai pemain yang menyertai latihan skuad kebangsaan dikeluarkan hari ini tetapi kami menunggu terlebih dahulu perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi terlebih dahulu," kata Stuart.

"Kami akan membincangkan bersama ahli exco FAM sebelum mendapatkan keputusan presiden bagi meneruskan atau sebaliknya."