FAM lega kerajaan beri pertimbangan kemasukan penyokong

Oleh Nafis Abdullah 28 Jun 2020 719
FAM lega kerajaan beri pertimbangan kemasukan penyokong
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap pertimbangan kerajaan untuk membenarkan kemasukan penyokong ke dalam stadium sebagai petunjuk bahawa saingan Liga Malaysia akan disambung semula seawal Ogos ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara itu akan disertakan dalam permohonan latihan fasa kedua, minggu depan.

“Kami memang mengharapkan apabila liga bermula, ada penyokong dalam stadium mengikut SOP serta penelitian daripada semua pihak yang bertanggungjawab demi memastikan keselamatan terjamin. Saya akan berbincang dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum menyerahkan kertas cadangan secepat mungkin. Memang perkara ini sedang dibincangkan,” katanya.

“Kalau betul dibenarkan, kami ingin pastikan FAM dan MFL betul-betul sediakan SOP. Kami juga memang harapkan ada penyokong. Bukan sahaja melibatkan pendapatan di pintu masuk tetapi ia juga merangkumi sokongan yang diperlukan,” ujar Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perlis (PAFA).

“Pemain bola sepak, tanpa penyokong memang tiada seri. Apabila beraksi tanpa penyokong, ia seolah-olah dalam latihan. Mengenai sesi latihan Pahang, mungkin dalam minggu depan akan meraih kata putus,” tambah pengendali Pahang, Dollah Salleh.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen