Andres Iniesta menggariskan kepentingan falsafah Barcelona dan telah menegaskan bermain bola sepak dengan baik adalah sama penting dengan memenangi perlawanan untuk juara LaLiga.

Barca dikatakan telah beralih daripada gaya permainan terkenal asal mereka di bawah Luis Enrique tetapi Iniesta menegaskan falsafah mereka tidak terjejas.

"Kami perlu terus mempercayai falsafah Barcelona," Iniesta memberitahu Esport 3.

"Ia tidak cukup untuk hanya menang tetapi bagaimana anda melakukannya dan berapa kerap anda melakukannya. Ia bukan hanya untuk menang dengan apa cara sekalipun.

"Falsafah Barcelona telah ditetapkan dan ia akan terus hidup."

Iniesta akan menjangkau usia 33 tahun tetapi dia tidak memikirkan untuk bersara lagi kerana ingin terus beraksi di atas padang.

"Masa yang berlalu telah mengubah saya," katanya.

"Iniesta ketika berusia 22 tahun tidak sama dengan ketika berusia 26 tahun, atau yang berusia 30 tahun mahupun pemain berusia 32 tahun. Ia adalah evolusi dan saya fikir ia adalah satu perkara yang baik.

"Saya sentiasa percaya saya adalah seorang pemain yang penting. Saya menikmati aksi bola sepak saya. Kadang-kadang dengan berlalunya masa, jika anda kurang menikmatinya maka ia kurang, tetapi bagi saya ia adalah sebaliknya."