Calon Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri, gementar menantikan keputusan undian yang akan diumumkan esok yang membariskannya bersaing hebat dengan bintang ternama dunia seperti Neymar dan Lionel Messi.

Makin hampir kepada tarikh pengumuman, Faiz mengakui agak gementar menantikan tarikh 2 Disember 2016, yang memungkinkan satu sejarah baru tercipta untuk Malaysia.

Dia yang menerima pelbagai reaksi positif daripada penyokong bola sepak tanahair, tidak terkecuali berharap undian orang ramai mampu merealisasikan hasratnya untuk melihat namanya berada di dalam senarai teratas atau sekurang kurangnya tiga terbaik bagi Anugerah Puskas.

"Jika tersenarai bagi tiga jaringan terbaik, saya cukup bersyukur kerana penyokong yang menilai jaringan tersebut.

"Apa jua keputusan, saya akan terima kerana berada di dalam senarai 10 jaringan terbaik sudah menjadi bonus untuk saya," jelasnya.

Nama Faiz tercalon menerusi sepakan percuma yang dilakukan ketika menentang Pahang, yang menyaksikan Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1.