Unai Emery menyifatkan Paris Saint-Germain (PSG) berhak meraih kemenangan selepas pendahulu Ligue 1 itu tewas mengejut kepada Strasbourg.

Rekod tanpa kalah PSG berakhir semalam selepas mereka tewas 2-1 di Stade de la Meinau.

Kylian Mbappe menyamakan kedudukan selepas Nuno da Costa membuka jaringan tetapi PSG gagal melakar kemenangan buat kali pertama sejak 30 April lalu, selepas Stephane Bahoken meletakkan Strasbourg di hadapan untuk meraih kemenangan.

"Kami kecewa. PSG telah melakukan apa yang termampu untuk meraih kemenangan," kata Emery.

"Kami berhak untuk menang tetapi ini adalah bola sepak. Sukar untuk terus melakar kemenangan, menang dalam setiap perlawanan. Kami telah memberikan yang terbaik.

"Pasukan telah berusaha menghasilkan banyak peluang, mendominasi permainan. Tetapi lawan kami hanya memerlukan dua peluang untuk menewaskan kami.

"Jika melihat kepada jumlah percubaan yang dihasilkan, ternyata ini bukan hari kami," katanya.

Pertahanan kebangsaan Brazil, Dani Alves, menambah, "Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi. Kami mengharungi hari yang sukar.

"Kami gagal menghasilkan jaringan. Kami akan mengambil keputusan ini sebagai pengajaran dan melihat ke hadapan."