Penyerang Juventus, Gonzalo Higuain, membandingkan rakan sepasukannya, Paulo Dybala, dengan bintang Barcelona dan pemenang Ballon d'Or lima kali, Lionel Messi.

Nama Dybala terus melonjak sebagai pemain yang berbisa dalam Serie A selepas berhijrah dari Palermo pada 2015, seterusnya membantu Juve memenangi Serie A, Coppa Italia dan Supercoppa Italiana pada musim pertamanya.

Pemain kebangsaan Argentina itu terus menyerlah pada musim 2016-17, dengan meledak tiga gol dan menghasilkan dua bantuan jaringan untuk meletakkan Juve di persada liga dengan kelebihan empat mata.

Prestasi cemerlangnya itu mendapat pujian Higuain, yang melihat Dybala mampu mengikut jejak langkah kapten Argentina, Messi.

"Dybala dan Messi memiliki persamaan. Messi adalah yang terbaik dan dia mempamerkannya setiap hari," kata Higuain kepada Premium Sport.

"Paulo masih muda, dia hanya berusia 23 tahun dan segalanya bergantung kepada apa yang akan berlaku di masa akan datang. Dia memiliki perwatakan untuk menjadi pemain terbaik di dunia."