Doa rakyat Perak iringi skuad Piala Presiden

Oleh Staff Writer 10 Oktober 2016 79
Doa rakyat Perak iringi skuad Piala Presiden

Skuad Piala Presiden Perak berlepas ke Kuala Terengganu untuk menentang T-Team dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Rabu ini.

Tewas 3-1 kepada T-Tteam dalam pertemuan separuh akhir pertama di Ipoh, The Bos Gaurus tiada pilihan lain selain memburu jaringan dan berdoa agar keputusan memihak mereka.

Jurulatih Perak, Mohd Sayuddin Mohd Isa, berkata "Kami akui ketika tewas dalam perlawanan peringkat pertama, pasukan 'off-form' dan banyak berlaku kesilapan teknikal.

"Tapi melalui 'post mortem', saya harap masalah itu dapat diatasi. Lagipun, kali ini kami turun dengan pasukan penuh dan yang penting, mereka (pemain) tidak patah semangat, malah berazam untuk mencipta kejutan," ujarnya.

Sementara itu Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri' Abdul Puhat Mat Nayan, yakin dengan pasukan bimbingan Mohd Sayuddin ini.

"Kalau T-Team boleh jaring tiga gol di sini, saya yakin Perak turut boleh lakukan di sana (Kuala Terengganu)."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen