SCHALKE 0 BAYERN 1

Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick, berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya selepas menewaskan Schalke 1-0 dalam suku akhir DFB-Pokal.


Gol ke-40 Joshua Kimmich terbukti sudah memadai buat Bayern selepas menguasai permainan di Veltins Arena itu awal pagi tadi.

Walaupun sekadar kemenangan tipis, Flick gembira lolos ke separuh akhir untuk Bayern meniti landasan menjulang kejuaraan kedua berturut-turut dalam saingan DFB-Pokal.


"Pasukan saya bermain dengan sangat baik dan sangat bijak, saya berpuas hati dengan cara kami memenangi perlawanan ini," katanya melalui laman sesawang kelab itu.

"Kami menentang Schalke yang sangat bertahan tetapi kami mencipta peluang dan secara keseluruhannya melakukannya dengan baik selain mempunyai lebih daripada 80 peratus penguasaan permainan.

"Pada penghujung harinya, ia sentiasa penting untuk kami terus maju dalam perebutan trofi. Kami berada dalam separuh akhir, jadi saya sangat bangga dengan pasukan ini.

"Kami tidak mahu mengubah banyak. Kami akan menjalani program pemulihan. Pemain-pemain akan berehat selama satu setengah hari kemudian kami akan memulakan persediaan untuk menghadapi Augsburg."

Kimmich melepaskan rembatan leret dari hujung kotak penalti sebelum menuju ke bilik persalinan selepas pihak lawan terlebih dahulu mengeluarkan sepakan sudut.

Pertahanan itu -- mencatat sejarah sebagai pemain paling banyak membuat hantaran dalam DFB-Pokal dengan 180 sentuhan -- mengakui ia satu perlawanan pertemuan yang sukar tetapi berasakan Bayern memang berhak menang.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi mudah memandang Schalke bertahan sangat bawah dan tidak memberi banyak ruang. Kami sukar untuk beraksi pantas dan menghantar bola ke depan," kata pemain itu.

"Kami cuba, tetapi tidak semuanya tidak berjaya. Kami juga perlu menangani dua atau tiga serang balas berbahaya.

"Saya gembira kerana menjadikan kedudukan 1-0 dan perlawanan ini berakhir seperti itu. Pada masa itu, saya hanya perlu mencuba dan berharap ia masuk."

Pemimpin Bundesliga itu akan menentang Augsburg pada Ahad ini pula.