PERANCIS 2 MOLDOVA 1

Didier Deschamps tidak kagum dengan persembahan separuh masa pertama Perancis ketika berdepan Moldovasambil menegaskan layak ke Euro 2020 tidak mencukupi berdasarkan kemenangan 2-1 yang diraih.


Perancis melangkah ke pusingan akhir saingan Euro 2020 awal pagi tadi ketika Turki seri di laman sendiri dengan Iceland untuk memastikan pelawat tidak mampu mengejar lawan mereka atau juara dunia itu.

Daripada meraikan kejayaan melangkah ke Euro, Perancis bermula hambar dalam aksi kelayakan Kumpulan H itu dengan beberapa siri kesilapan yang dilakukan di Paris.

Clement Lenglet membenarkan Moldova mendahului menerusi jaringan pembukaan Vadim Rata tetapi Raphael Varane mengambil kesempatan di atas kesilapan Alexei Koselev sebelum Olivier Giroud melengkapkan kemenangan menerusi sepakan penalti.

Ketika Perancis masih lagi bersaing untuk mendapatkan undian utama bagi saingan Euro, ketua jurulatih, Deschamps, bimbang dengan permulaan hambar pasukannya.

"Saya tidak berasakan (layak ke Euro menjelaskan persembahan mengecewakan) dan saya berharap mara ke Euro 2020 tidak cukup," katanya. "Kebarangkalian untuk menamatkan saingan di tangga teratas perlu diterjemahkan menerusi kemenangan.

"Kami dibolosi menerusi kesilapan tetapi persembahan dalam separuh masa pertama masih tidak cukup. Corak serangan Perancis pada 45 minit pertama tidak berada di tahap terbaik.

"Separuh masa kedua, kami menampilkan aksi yang lebih konsisten walaupun kami kurang berkesan. Kami melakukan 17 percubaan dalam usaha meraih kemenangan."

Deschamps mengesahkan beliau telah meluahkan perkara yang benar, namun agak menyinggung pemain ketika rehat separuh masa, dengan berkata, "Kadangkala saya mungkin terlalu keras terhadap pemain-pemain.

"Pasukan ini memiliki potensi yang terus cemerlang. Apabila saya tidak melihat apa yang mahu saya saksikan, saya akan memberitahu mereka."