Dee Roo letak jawatan, dingin dengan individu dalam FAM

Oleh Ammar Hakim 15 September 2020 4039
Dee Roo letak jawatan, dingin dengan individu dalam FAM
Hubungan dingin antara Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter Dee Roo, dengan individu tertentu dalam badan induk itu dipercayai mendorong pengendali dari Belanda itu membuat keputusan untuk mengundur diri tatkala kontraknya berakhir hujung tahun ini.

Dee Roo mendedahkan hasratnya untuk meninggalkan FAM menerusi laman media sosial miliknya semalam.

Mengakui sudah berjumpa dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pendedahan itu tampak dipengaruhi emosi.

Ini kerana perkongsian itu dibuat tanpa pengetahuan FAM tatkala difahamkan pendekatannya tidak disenangi sesetengah pihak dalam badan induk itu.

Belum bersedia untuk mendedahkan punca sebenar, bekas jurulatih B-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menjadi pilihan FAM bagi mengisi kekosongan itu bermula tahun depan.

Ditanya mengenai perkara itu, ini reaksi Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, "Saya pun tidak boleh menolak kemungkinan nama Kim Swee akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dee Roo. Saya tidak menolak kemampuannya berhak untuk dilihat sebagai calon namun segala keputusan terletak di tangan FAM."

Untuk rekod, Dee Roo dilantik sebagai pengarah teknikal FAM ketika era pemerintahan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermula 1 September 2017.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen