De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL

Oleh Muzaffar Musa 12 Ogos 2020 127
De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL
Marten de Roon perlu mengotakan janji untuk menyediakan lebih daripada 1,000 piza buat orang awam seandainya Atalanta menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Atalanta akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir di Lisbon awal pagi esok.

De Roon pada awal tahun ini berjanji akan menyediakan piza buat penyokong di Bergamo seandainya pasukan Serie A itu menjuarai saingan kelab tertinggi peringkat Eropah berkenaan.

Bercakap menjelang pertemuan dengan PSG, pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa dia masih berniat untuk mengotakan janjinya itu.

"Seperti yang saya katakan, seandainya kami memenangi Liga Juara-Juara Eropah, akan ada piza untuk lebih daripada 1,000 orang," katanya dalam sidang media.

"Bagaimanapun, jika kami kalah, kami akan mencuba untuk mencapai sasaran itu musim depan. Saya tidak mahu kami kalah.

"Kami akan mencuba lagi tahun depan dan melihat apa yang akan berlaku," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen