De Bruyne kembali sertai skuad Belgium

Oleh Muzaffar Musa 7 September 2020 152
De Bruyne kembali sertai skuad Belgium
Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, kembali menyertai skuad kebangsaan Belgium menjelang perlawanan menentang Iceland awal pagi Rabu ini.

De Bruyne tidak mengambil bahagian ketika skuad The Red Devils itu memulakan kempen Liga Negara-Negara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas Denmark dalam saingan Kumpulan A2 semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu diberikan waktu rehat untuk menemani isterinya melahirkan anak ketiga.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Roberto Martinez, kini dapat kembali bergantung harap kepada tonggak tengah itu menjelang pertemuan dengan Iceland di Brussels.
 
Michy Batshuayi, dalam pada itu, turut kembali mennyertai pasukan berkenaan selepas penyerang Chelsea itu menjalani kuarantin selama 14 hari gara-gara disyaki dijangkiti koronavirus.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen