Davies dinobat Pemain Muda Terbaik Bundesliga 2019-20

Oleh Ammar Hakim 20 Jun 2020 32
Davies dinobat Pemain Muda Terbaik Bundesliga 2019-20
Pemain pertahanan kiri Bayern Munich, Alphonso Davies telah memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Bundesliga untuk 2019-20.

Pemain berusia 19 tahun itu menjadi aset utama buat pertahanan Bayern, apabila berjaya mmebantu membantu mereka merangkul gelaran liga buat kali kelapan berturut-turut berikutan pelantikan Hansi Flick sebagai jurulatih, yang pada mulanya secara jangka pendek, November lalu.

Bintang Kanada itu muncul di puncak para peminat, kelab-kelab dan pakar Bundesliga memilih dia sebagai pemenang anugerah tersebut.

Dia mengatasi bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland, walaupun penyerang itu telah dua kali dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Bulanan sejak berhijrah dari Salzburg Januari lalu.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen