Dani Alves percaya Juventus akan cuba untuk menambah jaringan ketika berkunjung ke Nou Camp dalam aksi timbal balik pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Barcelon, walaupun sudah memiliki kelebihan 3-0.

Dua jaringan awal daripada Paulo Dybala meletakkan Juventus di petak pertama untuk memenangi perlawanan ini, dan tandukan Giorgio Chiellini dalam separuh masa kedua melengkapkan kemenangan di Turin, awal pagi tadi.

Tetapi Barcelona bangkit ketika tewas 4-0 dalam aksi pertama pusingan 16 UCL berdepan Paris Saint-Germain (PSG), dengan jaringan Sergi Roberto pada masa kecederaan melengkapkan kemenangan 6-1.

Alves berkata Juventus akan meletakkan sasaran untuk menambah gol ketika berdepan bekas kelabnya di Barcelona pada 19 April.

"Saya berpendapat kami tidak boleh bertahan ketika beraksi di Nou Camp," katanya.

"Anda perlu cuba menjaringkan gol, ia akan memberi kesukaran buat Barcelona untuk menewaskan kami."

Alves, yang telah berkhidmat untuk Barcelona dari 2008 sehingga 2016 dan memenangi UCL tiga kali, mengakui berasa janggal untuk berdepan bekas rakan sepasukannya.

"Ia adalah satu perasaan yang aneh. Saya gembira tetapi dalam masa sama sedih terhadap rakan sepasukan saya. Jadi, saya tidak meraikan jaringan pasukan kami."