Dali jamin mutu pengadil-pengadil Liga Malaysia lebih berkualiti

Oleh Staff Writer 17 Februari 2020 78
Dali jamin mutu pengadil-pengadil Liga Malaysia lebih berkualiti
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid, memberikan jaminan mutu pengadilan menjelang penganjuran musim 2020 akan menjadi lebih baik berbanding musim lalu.

Pelbagai kritikan dilemparkan kepada pengadil tempatan ekoran mutu pengadilan yang membimbangkan dalam saingan musim lalu.

Hal itu menjadi rujukan utama pihak Jawatankuasa Pengadil FAM yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Dali sendiri memberikan jaminan bahawa prestasi akan bertambah lebih baik daripada pengadil musim ini apabila turut menekankan beberapa hukuman jika berlaku lagi mutu pengadilan yang tidak sepatutnya.

"Setiap pengadil yang terlibat dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana bakal diberikan tindakan awal jika prestasi mereka boleh dipertikai ketika mengadili sesuatu perlawanan dan diberikan hukuman gantung dua minggu terlebih dahulu," kata Dali menerusi Nadi Arena.

Seminggu sebelum berlangsung aksi pembukaan Piala Sumbangsih dan aksi pertama saingan liga, Dali mengesahkan barisan pengadil tempatan akan diberikan peluang dan akan menghantar nama-nama mereka kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) minggu ini.

"Kami telah membuat penilaian untuk melantik pengadil perlawanan Piala Sumbangsih dan memilih pengadil yang [diiktiraf  oleh] Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pernah bertugas di luar negara," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen