Covid-19: Tonggak Barca kembali lapor diri 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 Mei 2020 46
Covid-19: Tonggak Barca kembali lapor diri 
Pemain Barcelona bakal menjalani ujian perubatan hari ini menjelang kemungkinan dibenarkan kembali mengadakan latihan secara individu di pangkalan kelab itu, Ciutat Esportiva.

Minggu ini, pasukan-pasukan LaLiga telah diberi keizinan untuk menyambung latihan setelah Kerajaan Sepanyol melonggarkan sekatan larangan berlatih di luar.

Kemudahan latihan Barca diperiksa semalam dan juara bertahan itu kini merancang untuk melakukan ujian yang bersesuaian "bagi menjamin kesihatan pemain".

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Which @antogriezmann skill did you like best? 1️⃣2️⃣3️⃣⁉️

A post shared by FC Barcelona (from 🏠) (@fcbarcelona) on


Bola sepak di Sepanyol, yang tertangguh sejak Mac lalu ekoran penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), mengharapkan dapat melengkapkan musim 2019-20 daripada dibatalkan seperti yang terjadi di Belanda dan Perancis.

Dua divisyen teratas bersetuju dengan syarat 'Protokol Kembali Berlatih' yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Sepanyol untuk membenarkan pemain menyertai program latihan individu di kelab masing-masing. 

Ia akan bermula dengan sesi latihan dalam kumpulan yang kecil dan sebelum diperluaskan secara berperingkat manakala perlawanan kompetitif berkemungkinan akan disambung bulan depan. 

Barca ketinggalan dua mata di belakang Real Madrid yang menguasai tangga teratas dengan baki 11 perlawanan sebelum kancah itu ditangguhkan.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen