Saingan Bundesliga hanya akan diadakan di depan penonton September depan selepas kerajaan Jerman mengesahkan lanjutan perintah kawalan.

Semalam, kaunselor, Angela Merkel, mengumumkan perancangan kerajaan untuk mengurangkan perintah kawalan yang dikeluarkan bagi menangani isu coronavirus.

Tatkala sekolah akan dibuka 4 Mei depan dan kedai-kedai kecil boleh beroperasi semula Isnin nanti, perhimpunan besar tetap dilarang sehingga 31 Ogos nanti.

"Acara besar memainkan peranan besar dalam wabak itu dan ia akan diharamkan sehingga 31 Ogos," kata Merkel.

Minggu lalu, Ketua Eksekutif Liga Bolasepak Jerman (DFL), Christian Seifert, mengesahkan perancangan untuk menyambung saingan Bundesliga secara tertutup pada awal bulan depan sambil kelab daripada dua divisyen tertinggi telah mula menjalani latihan.

Namun, kini saingan Bundesliga tampak sukar untuk kembali pada bulan depan selepas kerajaan menamatkan semua perbincangan mengenai bola sepak sehingga 30 April.

"Bundesliga bukan topik perbincangan hari ini," kata Menteri Bavaria, Markus Soder.

"Saingan liga itu sendiri mengikut konsep keselamatan dan ia akan dibincangkan kemudian sama ada diadakan secara tertutup atau lain-lain."