Covid-19: Tebas harap LaLiga dapat bersambung 12 Jun depan, dimainkan setiap hari

Oleh Muzaffar Musa 11 Mei 2020 48
Covid-19: Tebas harap LaLiga dapat bersambung 12 Jun depan, dimainkan setiap hari
Presiden LaLiga, Javier Tevas, berharap saingan liga itu dapat kembali bersambung pada 12 Jun depan sambil menjanjikan ia akan dimainkan setiap hari sepanjang tempoh 35 hari.

Kempen musim ini direhatkan sejak Mac lalu disebabkan pandemik koronavirus, yang telah membunuh lebih 283,000 mangsa di seluruh dunia.

Tebas menyasarkan untuk menyambung liga itu pada pertengahan Jun depan dan dia mengekalkan sasarannya itu semalam.

"Saya tidak tahu, Ia akan bergantung kepada fasa. Saya harap ia adalah 12 Jun depan. Ia akan bergantung kepada fasanya," katanya kepada Movistar.

"Ia akan bergantung kepada penularan virus ini... divisyen pertama dan kedua akan berakhir pada waktu yang sama.

"Akan ada perlawanan bola sepak setiap hari selama 35 hari," katanya.

Semalam turut disahkan terdapat lima pemain daripada dua liga divisyen utama Sepanyol didapati positif Covid-19.
 
Tabas berkata keputusan itu lebih baik daripada apa yang dijangkakan dan berharap semua pemain bebas daripada virus itu sebelum LaLiga bersambung.

"Kami harap apabila liga bersambung, hampir tiada jangkitan.

"Jika setiap perkara dilakukan seperti yang sepatutnya, mereka tidak akan ada (jangkitan).

"Jika lima yang dijangkiti itu datang ke kelab mereka, ia menunjukkan satu kecuaian. Kami akan melihatnya.

"Ada tempat di luar kawalan kami seperti ketika pemain dan jurulatih pulang ke rumah.

"Mereka telah diberikan panduan tentang apa yang perlu dilakukan," tambahnya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen