Covid-19: Leganes lanjut tiket percuma untuk kempen 2020-21

Oleh Nafis Abdullah 26 Mei 2020 35
Covid-19: Leganes lanjut tiket percuma untuk kempen 2020-21
Leganes telah melanjutkan tempoh pas bermusim 2019-20 secara percuma sehingga musim depan susulan wabak coronavirus.

LaLiga menangguhkan saingan sejak Mac lalu tetapi memberikan lampu hijau untuk saingan bersambung pada 8 Jun depan tetapi diadakan secara tertutup.

Leganes yang berpangkalan di Madrid, kota di mana terdapat lebih 67,000 kes Covid-19 dan meragut sekitar 9,000 nyawa.

Susulan kesan daripada virus itu, Leganes telah mengumumkan bahawa tiket untuk 2019-20 boleh digunakan bagi kempen 2020-21.

"Memandangkan sukar untuk baki saingan 2019-20 diadakan di depan penonton akibat daripada Covid-19, Leganes telah bersetuju untuk mengesahkan langganan musim ini boleh digunakan pada musim depan," kata wakil kelab itu.

"Pihak kelab sedar dengan realiti yang dihadapi sosial di kota ini dan ia merupakan antara terburuk di dalam Sepanyol. Jadi, langkah ini membuktikan kami peka dengan apa yang dialami pemegang tiket."

Getafe, yang turut berpangkalan di Madrid, juga mengambil langkah sama untuk musim depan.

Leganes kini menduduki tangga ke-19 liga, dibezakan tiga mata dengan kedudukan selamat daripada zon penyingkiran tatkala saingan LaLiga berbaki 11 perlawanan.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen