Bintang Barcelona, Ivan Rakitic, berkata dia hanya keluar rumah untuk 'membuang sampah' selepas perintah berkurung di Sepanyol ekorang pandemik koronavirus.

Sepanyol telah memperkenalkan sekatan kecemasan untuk memerangi penyebaran COVID-19, dengan melarang sesiapa daripada meninggalkan rumah kecuali untuk membeli bekalan penting dan ubat-ubatan, atau untuk bekerja.

LaLiga telah ditangguh, selepas hampir 1,700 orang telah meninggal dunia daripada 28,700 kes koronavirus.

Rakitic membincangkan mengenai situasi semasanya, memberitahu saluran rasmi Barca, "Saya hanya keluar rumah untuk membuang sampah, di mana ia terletak 50 meter di luar rumah saya.

"Sejak perlawanan menentang Napoli, saya telah membuat persiapan untuk semua ini.

"Saya masih ingat ketika kami ke Naples untuk aksi Liga Juara-Juara (UCL) perintah berkurung telah dikeluarkan di Itali.

"Sememangnya saya mahu melakukan aktiviti di luar rumah, berjalan tetapi kami harus memahami situasi ini."