Covid-19: Jurulatih Augsburg terlepas perlawanan pertama kerana ingkar arahan

Oleh Muzaffar Musa 15 Mei 2020 68
Covid-19: Jurulatih Augsburg terlepas perlawanan pertama kerana ingkar arahan
Augsburg mengumumkan bahawa jurulatihnya, Heiko Herrlich, tidak akan mewakili pasukan itu ketika menentang Wolfsburg esok kerana mengingkari larangan koronavirus.

Herrlich mengakui bahawa dia meninggalkan hotel pasukan itu semalam di mana ia tidak dibenarkan sebagai salah-satu peraturan untuk Bundesliga bersambung secara tertutup.

Herrlich dilaporkan meninggakan hotel berkenaan untuk membeli beberapa barangan keperluan seperti ubat gigi dan krim kulit

Perlawanan pada bujung minggu ini sepatutnya menjadi perlawanan pertama bekas pemain kebangsaan Jerman itu bersama Augsburg sejak menyertainya pada 10 Mac lalu.

Bagaimanapun, dia kini terpaksa menjauhkan diri daripada pasukan dan barisan kejurulatihannya sehingga memperoleh dua keputusan negatif Covid-19 seperti yang diarahkan buat kesemua pasukan dalam liga divisyen utama Jerman itu.

"Saya melakukan kesilapan kerana meninggalkan hotel. Biarpun saya mematuhi segala langkah kebersihan ketika meninggalkan hotel dan sebaliknya, saya tidak dapat mengubah apa-apa," katanya dalam satu kenyataan.

"Dalam situasi ini, saya tidak dapat menjadi suri teladan buat pasukan saya dan orang ramai.

"Bagaimanapun, saya konsisten untuk mengakui kesalahan yang saya lakukan.

"Kerana salah laku ini, saya tidak dapat mengetuai sesi latihan esok dan tidak akan mengendalikan pasukan ketika menenyang Wolfsburg, Sabtu ini," katanya.

Augsburg berada di tangga ke-14 apabila Bundesliga bersambung esok tetapi mereka gagal mencatatkan kemengan sejak Februari lalu -- rekod terburuk yang mendorong kepada pemergian Martin Schmidt.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen