Covid-19: Fatih Terim mahu bangkit lawan wabak

Oleh Staff Writer 26 Mac 2020 155
Covid-19: Fatih Terim mahu bangkit lawan wabak
Ketua jurulatih Galatasaray, Fatih Terim, berkata dia dalam keadaan baik dan yakin dapat pulih selepas didapati positif ujian coronavirus.

Isnin lalu, bekas pengendali Turki dan AC Milan, Terim, yang mengisi banyak waktu dalam karier pengurusan selaku jurulatih Galatasaray dan skuad kebangsaan Turki, mengumumkan telah positif COVID-19.

Terim kini melalui tempoh keempat mengendalikan skuad Super Lig itu dan pengendali berusia 66 tahun itu menulis dalam laman Twitter peribadinya: "Saya rasa indah dan istimewa, merasakan setiap doa di dalam hati.

"Ini adalah ujian untuk semua dan ia akan dapat diatasi dengan doa dan ucapan kalian. Saya dalam keadaan baik dan berharap dapat meneruskannya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua dengan hati terbuka."

Galatasaray kini menduduki tangga ketiga liga tertinggi Turki ketika ia dihentikan sementara, tiga mata di belakang Trabzonspor dan Istanbul Basaksehir selepas 26 perlawanan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen