Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, Menunggu persetujuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantikan aksi persahabatan kelas A.

Ia selepas perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Emiriah Arab Besatu (UAE) dan Vietnam, masing-masing pada 26 dan 31 Mac ini, berkemungkinan ditunda kerana penularan wabak Covid-19.

"Setakat ini, kami masih menunggu keputusan rasmi daripada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan FIFA kerana perlawanan sepanjang bulan ini berkemungkinan besar akan ditunda.

"Tetapi apa-apapun, kami masih menunggu keputusan daripada FIFA.

"Saya rasa ia adalah kali pertama (berlaku) dalam hidup saya.

"Seperti yang selalu saya pinta, kesihatan pemain dan pegawai perlu diutamakan.

"Sudah pasti kami masih menunggu keputusan itu.

"Sekiranya perlawanan itu ditunda, kami mungkin akan memanggil pemain menjalani latihan dan berharap mendapat pelepasan FIFA untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan," katanya.