Courtois tidak bimbang dengan sentuhan penyudah Real

Oleh Ammar Hakim 21 September 2020 275
Courtois tidak bimbang dengan sentuhan penyudah Real
Thibaut Courtois yakin Real Madrid tidak ketandusan jaringan di sebalik bergelut ketika seri 0-0 dengan Real Sociedad semalam.

Juara bertahan LaLiga itu memulakan musim dengan kekecewaan di mana Courtois terpaksa berhempas pulas menafikan percubaan Alexander Isak dalam situasi satu lawan satu.

Penyerang Los Blancos, Karim Benzema tumpul di depan gol dan perlawanan dengan hambar di Anoeta.

Benzema yang disokong Martin Odegaard di bahagian tengah, namun Real -- masih tanpa khidmat Eden Hazard sementara Gareth Bale dan James Rodriguez yang telah berhijrah -- gagal meledak satu jaringan selepas melakukan 16 percubaan.

Courtois berkata kepada Movistar, "Sememangnya kami mampu menghasilkan jaringan. Anda dapat melihatnya dalam sesi latihan, dalam aksi pramusim berdepan Getafe [menang 6-0 ].

"Tetapi kadang-kala tuah tidak memihak kami. Saya tidak bimbang dengan kemampuan pasukan ini untuk menjaringkan gol."
   
Penjaga gol itu gembira di sebalik persembahan rakan sepasukan yang lain apabila berjaya mengekang usaha Sociedad, yang sekadar meraih 32 peratus kawalan bola sementara sekadar melakukan enam percubaan.

"Perkara paling penting buat kami adalah memastikan gawang tidak dibolosi, ia telah diusahakan sejak musim lalu. Pasukan telah bertahan sebaik mungkin bagi memastikan lawan sukar untuk mencari peluang."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen