Luciano Spalletti berkeras Roma akan mengekalkan gaya permainan mereka tersendiri apabila berdepan Juventus malam ini kerana dia merasakan mereka dijamin akan mengalami kekalahan sekiranya hanya bermain dengan corak bertahan.

Roma sedang mengekori pendahulu Serie A dengan empat mata menuju perlawanan malam ini dan Spalletti sedar kekalahan akan menjadi tamparan hebat kepada cita-cita besar mereka untuk mengejar kejuaraan.

"Perlawanan malam ini merupakan satu perlawanan yang penting bagi kami," kata Spalletti.

"Jika kami ke Turin dengan corak permainan bertahan, kami pasti kalah. Oleh itu, kami perlu melakukan dasar yang betul di mana kami boleh beraksi dengan kekuatan kami tersendiri.

"Objektif kami adalah untuk memastikan perlawanan kedua di Rom akan menjadi salah satu penentu kejuaraan.

"Kami perlu memastikan bahawa kami menangani dengan baik setiap serangan mereka dan menunjukkan kualiti yang kami miliki. Ia adalah mudah."

Juventus telah mendominasi liga beberapa tahun sebelum ini dan Spalletti telah menyatakan dengan jelas bahawa juara Scudetto itu merupakan contoh untuk diikuti oleh Roma.

"Juventus telah sangat bagus dalam mengekalkan piawaian yang tinggi yang telah mereka tetapkan, menunjukkan kekuatan yang besar dan mendapatkan keputusan yang baik selalunya," katanya.

"Mereka adalah salah satu sebab mengapa hari ini anda perlu 100 mata untuk memenangi Scudetto. Bagi kami, melihat Juve membantu kami untuk sentiasa melakukan yang lebih baik."