Antonio Conte mengatakan Inter masih dalam usaha mengejar gelaran Scudetto, menegaskan pasukannya berharap dapat 'mencapai sesuatu yang luar biasa' dalam saingan Serie A.

Inter -- penghuni tangga ketiga Serie A -- kembali ke aksi liga berikutan penangguhan saingan ekoran Koronavirus dengan kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria semalam.

Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez menemui sasaran dalam babak pertama -- kedua-dua pemain cemerlang ketika pasukan melancarkan serangan sekaligus membantu pasukan mereka bangkit daripada kekalahan kepada Serie A dalam aksi separuh akhir Coppa Italia di tangan Napoli.

Inter yang dibimbing Conte ketinggalan enam mata di belakang pendahulu saingan, Juventus selepas 26 perlawanan, dan lima kepada penghuni tanggan kedua, Lazio.


"Dalam perlawanan ini, kami tidak mempunyai pilihan selain memperoleh kemenangan bagi merapatkan jurang," kata ketua jurulatih, Conte dalam sidang media.

"Kami memupuk harapan bahawa kami dapat mencapai sesuatu yang luar biasa. Memang benar kami dapat segera memastikan kemenangan tetapi Sampdoria cuba mengejar permainan. Bagaimanapun, ia adalah persembahan yang baik.

"Saya ulangi, ini bukan masalah kecergasan, tetapi ketika kita mempunyai peluang mencetak gol gagal menyempurnakannya, perkara ini turut terjadi dalam aksi Coppa Italia berdepan Napoli.

"Saya harap perlawanan ini akan membantu kami menyedari bahawa perlu memastikan kemenangan dengan lebih awal bagi mematikan usaha pasukan lawan."

Inter seterusnya bertemu Sassuolo Rabu ini dan Conte berkata : "Kami ketinggalan 12 mata dan kini saingan berbaki 12 perlawanan.

"Perkara paling penting adalah berusaha sebaik mungkin untuk mencipta jaringan. Kejayaan akan menyusul."