Giorgio Chiellini mendedahkan bahawa dia segera memaafkan Luis Suarez setelah penyerang itu menggigitnya memandangkan dia melihat banyak ciri-cirinya ada dalam tonggak Uruguay berkenaan.

Kejadian itu berlaku dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 apabila Suarez mengejutkan penonton televisyen di seluruh dunia apabila melakukan kekasaran dengan menggigit pertahanan berkenaan.

Namun, walaupun Chiellini memohon tindakan diambil ke atas seterunya tersebut, namun dia bersimpati terhadap pemain Chile berkenaan apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan larangan empat bulan ke atas pemain tersebut yang ketika itu mewakili Liverpool.

Ketua pasukan Juventus dan Itali itu menyatakan alasan mengapa dia berasakan mempunyai hubungan yang rapat pemain Barcelona berkenaan.

Chiellini dalam tulisan autobiografi terbarunya seperti yang dipetik La Gazzetta dello Sport: "Tiada yang aneh berlaku pada hari itu. Saya telah merantai (Edinson) Cavani dalam sebahagian besar perlawanan --seorang penyerang yang sukar dikendalikan. Tiba-tiba saya dapati Suarez telah menggigit bahu saya.

"Ia telah pun berlaku dan inilah caranya untuk menangani perbalahan yang berlangsung dan saya juga begitu: dia dan saya mempunyai perangai yang sama dan saya suka menghadapi cabaran dengan cara ini. Saya mengagumi caranya, jika dia kehilangannya maka dia akan menjadi penyerang biasa-biasa sahaja."

Chiellini mengatakan dia dan Suarez saling bertukar pendapat beberapa hari selepas kejadian itu yang menyaksikan Uruguay menang untuk melolosi cabaran peringkat kumpulan sementara Itali tersingkir.

"Setelah beberapa hari, kami bercakap lagi melalui telefon dan tidak perlu meminta maaf," katanya.

"Saya juga pemain yang hebat di lapangan dan saya bangga dengannya: niat jahat adalah sebahagian daripada bola sepak, bahkan saya tidak mahu menyebutnya sebagai tindakan yang tidak wajar. Anda harus pintar dan saya akan selalu mengagumi Suarez."