Cardetti: Ronaldinho lebih mempesona dibandingkan Messi 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 Mei 2020 166
Cardetti: Ronaldinho lebih mempesona dibandingkan Messi 
Martin Cardetti akan memilih bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Ronaldinho, berbanding bintang Barcelona, ​​Lionel Messi.

Ronaldinho menikmati karier cemerlang bersama Barca, Brazil, Milan dan PSG dengan memenangi Ballon d'Or pada 2005, Piala Dunia, Liga Juara-Juara (UCL) dan LaLiga termasuk deretan trofi yang lain.

Messi pula -- yang dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat yang pernah disaksikan -- menggondol enam gelaran Ballons d'Or selain 10 gelaran LaLiga, empat kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) dan deretan piala lagi. 

Bagaimanapun, Cardetti, yang beraksi di samping Ronaldinho di PSG selama semusim sebelum pemain Brazil itu beralih ke Barca pada 2003, berkata kepada Crack Deportivo: "Sebagai jurulatih untuk pasukan saya, saya akan memilih Ronaldinho berbanding Messi.

"Saya berkongsi (bilik persalinan) selama setahun dengan Ronaldinho dan dia adalah pemain yang berbeza, dia disentuh oleh tuhan.

"Dia sering menikmati permainannya; menguasai bola, dia selalu melakukan sesuatu dan banyak berlatih untuk menguasainya sehingga dapat mengulangi gerakan-gerakan itu dalam perlawanan sebenar."

 


Bekas pemain Argentina itu menambah: "Dalam latihan dan perlawanan, anda boleh lihat setiap gerakan yang dilakukannya adalah berbeza daripada semua orang."

"Pemain sepertinya sangat jarang boleh didapati dan mereka akan dikenang dalam lipatan sejarah bola sepak.

"Saya bangga menjadi rakan sepasukan kepada pemain seperti itu."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen