Cabaran berbeza buat Kim Swee

Oleh Ammar Hakim 5 Januari 2021 144
Cabaran berbeza buat Kim Swee
Cabaran berbeza menanti bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, yang diumum sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam. 

Namun, Kim Swee menegaskan, untuk permulaan tiada banyak perubahan sebaliknya penambahbaikan kepada banyak perkara dalam merialisasikan misi dan visinya.  

Perbincangan bersama pihak pengurusan berbekalkan pengalaman dimiliki, Kim Swee optimis kepercayaan diberi cukup untuk menghasilkan kerjasama yang baik. 

Kim Swee menyifatkan penglibatan tenaga pengajar tempatan penting dalam pembangunan bola sepak hadir dengan misi dan visinya tersendiri.

"Saya tidak berani menjanjikan bulan dan bintang, apa yang penting adalah saya mendapatkan kerjasama daripada setiap pihak kerana bola sepak adalah agenda negara," kata Kim Swee.

"Perkara paling penting adalah saya ingin melihat ramai lagi jurulatih tempatan serta pemain muda beraksi di peringkat lebih tinggi sementara menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara utama Asia bagi memudahkan latihan dan berkhidmat bersama pasukan di peringkat antarabangsa."

Selain memutuskan hala tuju FAM F: 30 kekal, Kim Swee mengakui banyak kerja rumah yang perlu diteliti dalam meningkatkan kualiti bola sepak negara. 

Bekas pemain tengah Melaka, Sarawak dan Sabah pada era 1990an itu sebelum ini memegang jawatan sebagai penolong pengarah merangkap ketua unit belia.

"F:30 kekal dan ia tidak akan dilupuskan. Ia adalah pelan jangka masa panjang bola sepak negara dan ia akan diteruskan seperti dirancang sejak tiga tahun yang lalu."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen