Burki perbaharui kontrak di sebalik kritikan

Oleh Penulis Jemputan 21 Oktober 2017 169
 Burki perbaharui kontrak di sebalik kritikan
Borussia Dortmund mengumumkan penjaga gol, Roman Burki, telah menandatangani kontrak baru selama empat tahun.

Pemain antarabangsa Switzerland itu, yang menyertai kelab berkenaan dari Freiburg pada 2015, telah bersetuju mengikat perjanjian baru yang akan berlangsung hingga akhir musim 2020-21.

"Saya sangat gembira dengan kepercayaan yang diberikan Borussia Dortmund, terutama dalam tempoh yang sukar," kata pemain berusia 26 tahun itu kepada laman sesawang kelab Jerman itu.

"Saya gembira dan bangga menjadi penjaga gol untuk pasukan yang hebat, saya akan berikan segala-galanya."

Pengarah Sukan, Michael Zorc, menambah: "Rom adalah pemain yang sempurna untuk Borussia Dortmund, baik dalam sukan dan peribadi. Kami suka gaya permainannya, kami melihat potensi besar untuknya berkembang dan menganggap dia akan terus meningkat."

Berita itu hadir di sebalik kritikan terhadap persembahan Burki dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, terutama dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas pemain Grasshoppers itu dua kali ditembusi di penjuru gol dalam kekalahan 3-1 kepada Tottenham di Wembley selain membenarkan APOEL menyumbat gol dalam aksi seri, Rabu lalu atas kesilapannya ketika cuba mengeluarkan bola sehingga membenarkan Mickael Pote mencetak gol.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen