Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, memuji Paulo Dybala selaku antara tiga pemain terbaik dunia selepas penyerang itu meledak dua gol ketika menewaskan Barcelona 3-0 di Turin, awal pagi tadi.

Dybala meledak dua gol sebelum tamat separuh masa pertama dan tandukan Giorgio Chiellini memastikan kemenangan 3-0 bagi perlawanan pertama saingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Buffon -- berjaya merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dalam saingan UCL musim ini -- memuji impak yang dihasilkan oleh Dybala.

"Perkembangan prestasi Paulo Dybala sungguh drastik dalam tempoh dua tahun ini," kata Buffon.

"Saya tahu dia mampu menjadi antara lima pemain terbaik dunia jika mampu meneruskan persembahannya. Dybala perlu cemerlang secara konsisten."

Aksi timbal balik suku akhir di antara Barcelona dan Juventus akan bersambung di Nou Camp pada 19 April.