Penjaga gol veteran Juventus, Gianluigi Buffon, berminat mengendalikan skuad bola sepak antarabangsa apabila bersara nanti.

Buffon telah membuat 165 penampilan bersama skuad Itali sejak pertama kali beraksi ketika berusia 19 tahun pada Oktober 1997 di samping membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2006.

Sejak dilantik kapten dalam Piala Dunia 2010, pemain berusia 38 tahun itu berniat mengambil alih jawatan pengendali apabila bersara nanti.

"Bola sepak telah menjadi dunia saya untuk tempoh 32 tahun," Buffon memberitahu Corriere della Sera. "Sepanjang tempoh itu, saya bernasib baik kerana berpeluang mengutip ilmu.

"Menjejakkan kaki di atas padang menghadirkan emosi yang cukup bermakna dalam hidup saya. Jadi, saya lebih gemarkan kehidupan sebagai pengendali skuad antarabangsa berbanding pengurus kelab.

"Saya tidak akan mengetepikan cadangan untuk menjadi pengurus sesebuah skuad negara."

Apabila Buffon mengumumkan persaraan, dia menjangkakan penjaga gol berusia 17 tahun, Gianluigi Donnarumma, untuk mencipta sejarah baru bersama Itali.

"Walaupun jurang usia kami besar, saya anggap Gigio seperti adik saya," tambahnya. "Dia pemain yang istimewa, sangat tenang berbeza dengan saya ketika berada pada usianya.

"Dia memiliki kualiti untuk mencipta sejarah dalam hidupnya. Kita perlu tunggu 20 tahun lagi untuk membuat kesimpulan itu."