Leonardo Bonucci berkata pemain muda England lebih berpengalaman daripada Itali ketika dia menggesa pasukannya bersabar selepas skuad Azzurri gagal melayakkan diri ke pentas Piala Dunia.

Bonucci dan Itali akan bertemu menentang England yang layak ke Russia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Wembley, awal pagi esok.

Ia akan menjadi satu lagi langkah dalam pembinaan semula skuad Itali selepas mereka gagal dalam saingan kelayakan Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Dan bintang AC Milan, Bonucci, memuji skuad Gareth Southgate itu ketika dia menganggap Itali memerlukan masa untuk kembali ke puncak setelah mengalami kekekalahan 2-0 menentang Argentina minggu lalu.

"Kami bermain menentang pasukan yang berjaya menjalani perubahan dengan baik. Mereka adalah pemain muda yang sangat berbakat dan mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa," kata Bonucci.

"Kami mempunyai ramai pemain muda yang kurang pengalaman antarabangsa. Juga pada tahap Serie A: Kami bermain kurang di Eropah dan kurang mendapat pengalaman berbanding Liga Perdana.

"Kami perlukan semangat tetapi kami perlu lihat apa yang mereka ada. Kami sedang mengalami perubahan besar dan kami tidak boleh berharap akan terus memenanginya.

"Kami memiliki pasukan jauh lebih muda dengan pengalaman antarabangsa yang tidak banyak. Kamu tidak boleh bandingkan pemain kami yang lahir pada 1993, 1994, 1995, 1996, 1997 berbanding pemain England yang dilahirkan pada tahun sama.

"Aksi persahabatan ini berguna untuk pemain muda. Kita perlu memahami bahawa kesabaran adalah kuncinya. Kami perlu biarkan pemain muda berkembang dan diharapkan mereka akan membawa Itali ke kedudukan sepatutnya," katanya lagi.