Bolt akan berlatih bersama Borussia Dortmund

Oleh Staff Writer 13 November 2016 1
Bolt akan berlatih bersama Borussia Dortmund

Jaguh pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, dijangka akan berlatih dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund, tatkala dia sedang mempertimbangkan rancangannya untuk bertukar karier.

Atlet yang memiliki sembilan pingat emas Sukan Olimpik itu selepas melakar tiga kejayaan di Sukan Olimpik Rio, tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk bermain bola sepak secara profesional.

Bolt, yang sebelum ini telah mengumumkan persaraan dari medan Olimpik selepas Rio 2016, sekali lagi menyatakan hasratnya untuk bertukar karier.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa individu," Bolt memberitahu The Guardian.

Bercakap tentang rancangannya untuk berlatih bersama skuad kendalian Thomas Tuchel, Bolt berkata: "Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."

Atlet berusia 30 tahun itu turut meluahkan impiannya untuk beraksi bersama Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

"Pada saya, jika dapat bermain bersama Manchester United, impian saya akan tercapai," tambahnya.

Bolt menerima baik perlantikan Jose Mourinho selaku pengganti Louis van Gaal bagi musim 2016-17 di samping berharap mendapat peluang berhijrah ke Old Trafford.

"Saya tidak menerima sebarang panggilan lagi, tetapi saya yakin peluang saya akan tiba. 

"Secara peribadi, pelantikan Mourinho adalah tepat. United perlukan jurulatih berwibawa sepertinya."



Tentang Penulis

Staff Writer

Komen