Bologna bukan destinasi Ibrahimovic 

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Jun 2020 70
 Bologna bukan destinasi Ibrahimovic 
Zlatan Ibrahimovic "bukan satu kemungkinan" buat Bologna, kata pengarah kelab Itali itu. 

Penyerang veteran itu menandatangani perjanjian jangka pendek untuk kembali ke Milan pada Januari lalu, namun Ibrahimovic tampaknya tidak mungkin akan kekal di San Siro musim depan.

Bekas ketua pasukan Sweden itu pernah dikaitkan dengan Bologna sebelum menyertai Milan -- sebahagian besarnya disebabkan hubungannya dengan pengurus kelab, Sinisa Mihajlovic, yang bertugas di belakang tadbir di Inter ketika dia menyarung jersi Nerazzurri  -- dan laporan mengenai percubaan baru untuk menandatanganinya timbul beberapa minggu kebelakangan ini.

Begitupun, bulan lalu, Pengarah Bologna, Walter Sabatini, menolak idea itu manakala Pengarah Sukan, Riccardo Bigon, juga mengulas bahawa tiada kesempatan untuk mereka memancing Ibrahimovic ke Bologna.

"Saya memahami tujuan media untuk mengada-ngadakan cerita ini kerana ia dia merupakan nama yang sangat penting. Tetapi Ibrahimovic bukan satu kemungkinan," kata Bigon kepada RAI Radio 1.

"Kami tidak lagi berhubung. Dia telah bercakap dengan Mihajlovic pada musim dingin lalu, kemudian memuktamadkan pilihannya dan sejak itu kami tidak mempertimbangkan situasinya lagi."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen