Thomas Tuchel berkata ketiadaan penyokong bukti kesukaran buat Paris Saint-Germain selepas ketua jurulatih itu menjelaskan pasukannya bergelut bermain tanpa bantuan pemain ke-12 berikutan kekalahan dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

PSG -- finalis UCL musim lalu -- tewas 2-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dalam aksi pembukaan Kumpulan H di Parc des Princes.

Jaringan Marcus Rashford pada minit ke-87 menumbangkan PSG, yang menyamakan kedudukan 10 minit memasuki separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri Anthony Martial selepas kapten United, Bruno Fernandes, membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23.

Keputusan itu menyaksikan PSG tewas buat pertama kali di laman sendiri dalam saingan peringkat kumpulan UCl selepas 25 perlawanan dan pengendali PSG, Tuchel, meratapi bola sepak tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik coronavirus.

"Jelas sekali kami perlu memperbaiki dan perlu melakukannya," kata Tuchel. "Sememangnya kami tidak gembira dengan persembahan ini tetapi ini bukanlah masa untuk menjadi terlalu kritikal, di sini, kepada umum.

"Kami akan melakukan secara dalaman. Saya tidak tahun mengapai ia terlalu jelas berdepan masalah mendapatkan semangat.

"Ia sangat sukar beraksi dalam stadium tanpa penonton. Ia bukan suasana yang sama dalam UCL. Ia bukanlah alasan utama, kami akan menilai dan berbincang secara dalaman."


PSG -- tanpa khidmat Marquinhos dan Marco Verratti -- dan gagal menampilkan aksi terbaik di ibu kota Perancis itu, di mana gandingan bertaraf bintang, Neymar dan Kylian Mbappe gagal menembusi benteng pertahanan United.

Neymar gagal menjaringkan gol dalam tempat perlawanan berturut-turut saingan UCL buat pertama kali sejak November 2013.

PSG -- yang bakal berdepan semi finalis, musim lalu, RB Leipzig -- berpeluang untuk bangkit ketika berkunjung ke Istanbul Basaksehir bagi aksi seterusnya minggu hadapan.