Berdepan hukuman penjara, Neymar luah perasaan di Instagram

Oleh Staff Writer 25 November 2016 0
Berdepan hukuman penjara, Neymar luah perasaan di Instagram

Penyerang Barcelona, Neymar, telah menggunakan laman Instagram miliknya untuk membuat kenyataan terhadap percubaan pendakwaraya Sepanyol untuk mengenakan hukuman penjara susulan perpindahan kontroversi pemain itu dari Santos.

Rabu lalu, Hakim Jose Perals, membuat permintaan untuk menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda €10 juta (RM47 juta) terhadap Neymar dan ayahnya manakala hukuman penjara setahun untuk ibunya.

Kes tersebut bermula daripada aduan badan pelaburan DIS, yang memiliki 40 peratus daripada hak ekonomi Neymar dan mendakwa telah menerima duit yang sedikit daripada yang sepatutnya susulan perpindahan tersebut.

Pemain berusia 24 tahun itu menggunakan akaun Instagram miliknya untuk menegaskan bahawa pegangan agamanya akan membantu dalam menghadapi senario tersebut.

"Saya sedar dari awal lagi memiliki nama besar akan mencetuskan kontroversi, apatah lagi hasad dengki dan lain-lain," jelas Neymar.

"Semua tahu segala pertarungan adalah berdepan kuasa neraka tetapi sebagai satu keluarga, kami akan menang. Kami sedar kami akan berdepan ujian lebih besar tetapi kami bersedia..kerana adanya Jesus!"

Tweet 1

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen