Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, mungkin tidak dapat beraksi selama tiga minggu selepas mengalami masalah hamstring.

Penyerang kelahiran Perancis itu tidak menyertai sesi latihan Madrid hari ini kerana menjalani pemeriksaan perubatan.

Ujian kemudian mengesahkan masalah hamstring dan sementara kelab tidak mengesahkan bila pemain itu dapat kembali, laporan mendakwa dia dijangka berehat di antara dua hingga tiga minggu -- satu tempoh yang dijangka melibatkan lima perlawanan, termasuk aksi Copa del Rey dan La Liga.