REAL MADRID 5 LEGANES 0

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, memuji aksi penuh inspirasi daripada Karim Benzema ketika membenam Leganes 5-0 serta menjelaskan jaringan gol bukan satu-satunya kebolehan yang dimiliki penyerang itu.


Benzema menikmati permulaan musim yang cemerlang kali ini, meneruskan rentak daripada penghujung musim lalu dan kini telah mencetak tujuh gol dalam saingan LaLiga ketika berdepan Leganes.

Tetapi jaringan tersebut -- sepakan penalti dalam separuh masa kedua -- merupakan sebahagian daripada kisah perlawanan ini, dengan penyerang kelahiran Perancis itu melakukan lorongan untuk jaringan Rodrygo Goes dan kemudianToni Kroos dalam tempoh lapan minit pertama waktu permainan.

Dengain itu, Benzema kini telah terlibat dalam 10 jaringan yang terhasil musim ini, lebih daripada mana-mana pemain, dan Zidane sangat gembira dengan kualiti yang dipamerkannya.

"Seperti biasa, Benzema tidak banyak berubah," kata Zidane. "Perkara paling penting adalah dia menjaringkan gol kerana dia memerlukannya sebagai pemain nombor sembilan Real.

"Tetapi dia melakukan lebih daripada melakukan jaringan dan ia membuatkan saya sangat gembira."

Luka Jovic melengkapkan kemenangan selepas meledak gol pertamanya untuk kelab selepas 10 perlawanan, dengan menanduk masuk hantaran silang Dani Carvajal.

Zidane berpuas hati dengan pemain kebangsaan Serbia itu selepas permulaan yang sukar di Santiago Bernabeu di samping memberikan pujian kepada peningkatan Rodrygo.

"Sebenarnya, saya sangat gembira dengan kedua-dua pemain. Rodrygo memiliki perwatakan dan semakin cemerlang bersama pasukan.

"Jovic amat memerlukan jaringan tersebut walaupun dia kurang beraksi. Penting buat dirinya mencetus impak selepas menggantikan Benzema."