Penyerang Itali, Andrea Belotti, percaya ia adalah masa yang tepat untuk Azzurri memberikan peluang kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka sendiri.

Giampiero Ventura telah menyenaraikan tujuh pemain, yang tidak pernah beraksi bersama skuad kebangsaan, untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Liechtenstein, dan perlawanan persahabatan menentang Jerman.

Pemain AC Milan, Gianluca Lapadula, bakal menggantikan Manolo Gabbiadini yang mengalami kecederaan.

Penyerang kelab Torino, Belotti, telah mengumpul tiga 'caps', dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika Itali mencatatkan kemenangan 3-2 dalam aksi kelayakan bulan lalu di Macedonia.

Pemain berusia 22 tahun itu yang kini berada di dalam prestasi terbaik bersama Torino, mencari gol kelapan dalam 10 perlawanan Serie A.

"Percayalah kami," kata Belotti. "Terdapat ramai pemain muda yang mampu untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan. Kami tahu bahawa jika kami diberikan peluang, kami akan membalas kepercayaan tersebut dengan menunjukkan prestasi yang terbaik.

"Jelas, itu apa yang seluruh pasukan fikirkan. Saya tahu ini adalah peluang yang sangat penting, saya akan melakukan apa saja untuk kekal dalam pasukan kebangsaan.

"Saya akan cuba untuk membuktikan kepada diri saya sendiri, ia adalah masa yang tepat untuk pemain muda."