Pemain paling dikehendaki di Eropah, Andrea Belotti, telah menandatangani kontrak pembaharuan kontrak selama empat tahun bersama Torino.

Pemain berusia 22 tahun itu -- yang menjadi tumpuan Manchester United, Arsenal dan Napoli -- disahkan akan kekal di Serie A sehingga tahun 2021.

Pemain kebangsaan Itali itu sedang menempuh musim yang mantap bersama Torino musim ini apabila telah pun menyumbang 10 gol.

Meskipun menjadi tumpuan beberapa kelab besar di Eropah, Belotti bertekad membangunkan kariernya di Stadium Olimpico, dengan Torino menyertakan klausa penebusan kontrak mencecah €100 juta (RM469 juta) bagi kelab di luar Serie A yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

"Dengan sukacitanya kami ingin memberitahu penyokong bahawa kami telah memperbaharui kontrak Belotti sehingga tahun 2021," demikian kenyataan dibuat oleh presiden kelab, Urbano Cairo.

Torino ketika ini menduduki tangga ketujuh selepas 15 perlawanan.