Berikutan pemecatan Julen Lopetegui oleh Real Madrid, bekas presiden kelab, Ramon Calderon, menyalahkan penggantinya, Florentino Perez.

Selepas mengumumkan pelantikan Lopetegui pada malam Piala Dunia Russia, kekalahan 1-5 Real Madrid kepada Barcelona semalam dilaporkan hanyalah alasan untuk Perez berselindung daripada dikritik.

Terdapat laporan yang mendakwa keputusan untuk memecat Lopetegui telah dimuktamadkan susulan kekalahan kepada Levante pada hujung minggu lalu.

Real Madrid mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan penamatan kontrak Lopetegui sambil mengkritik beliau kerana gagal memanfaatkan skuad berbakat yang mempunyai lapan calon Ballon d'Or itu.

Bagaimanapun, Calderon menuding kesalahan itu kepada Perez dan bukannya pengurus.

"Malangnya, ia adalah satu lagi kepuasan presiden," kata Calderon. "Sekiranya beliau adalah individu tepat yang dilantik pada Jun lalu, iaitu hanya empat bulan lalu, maka beliau tidak layak menerima layanan seumpama ini.

"Beliau bersetuju mengambil alih menjelang dua hari lagi sepak mula Piala Dunia sehingga menjejaskan pasukan kebangsaan kami dan kini, beliau dipecat. Masalahnya, saya berasakan Lopetegui tidak boleh dipersalahkan."

Calderon juga kritikal terhadap keputusan menjual Cristiano Ronaldo kepada Juventus pada akhir musim lalu.

"Itu masalah utama, untuk melepaskan Cristiano pada Jun lalu adalah kesilapan bersejarah dan kami terpaksa membayar harganya sekarang."

Calderon menggantikan Perez sebagai presiden kelab yang berpangkalan di Santiago Bernabeu itu di antara 2006 dan 2009 sebelum Perez merampas kembali jawatannya.