BAYERN MUNICH 8 SCHALKE 0

Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick, melabel kemenangan bergaya 8-0 ke atas Schalke 8-0 pada hari pembukaan musim Bundesliga seharusnya menjadi penanda aras sepanjang kempen ini.


Juara menanti itu dalam prestasi luar biasa ketika bertemu Schalke yang malang di laman sendiri, awal pagi tadi, apabila memimpin permainan 3-0 dalam separuh masa pertama hasil gol sumbangan Serge Gnabry, Leon Goretzka dan sepakan penalti Robert Lewandowski.

Bayern bertambah garang selepas rehat untuk Gnabry melengkapkan hatriknya sebelum Thomas Muller, Leroy Sane dan pemain berusia 17 tahun, Jamal Musiala, melengkapkan penderitaan Schalke.

Walaupun Flick gembira pasukannya meletakkan petanda yang memberangsangkan bagi musim 2020-21, dia masih yakin bahawa mereka seharusnya mencetak lebih banyak gol lagi dalam babak pertama.

"Kami telah mengharungi perlawanan pertama tetapi kami perlu melakukannya secara beransur-ansur," katanya kepada wartawan.

"Kami beraksi dengan cemerlang tetapi sepatutnya menjaringkan dua, tiga, mungkin empat gol lagi dalam babak pertama.

"Tetapi, adalah penting untuk menunjukkan bahawa musim ini kami masih berada di landasan yang betul. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan kami. Ini akan menjadi penanda aras buat Gnabry, Sane dan seluruh pasukan."


Sane - membuat penampilan sulung selepas meninggalkan Manchester City Julai lalu - - berasa segalanya berjalan dengan lancar bersama rakan sepasukannya yang barunya itu dan gembira dengan selera mereka untuk menjaringkan gol.

"Sangat gembira berpeluang ke padang bersama-sama rakan sepasukan," kata pemain itu yang tersisih panjang musim lalu akibat kecederaan lutut.

"Ini adalah hari yang sangat baik. Saya berasa sangat tenang dan tahu bahawa ia akan berjalan dengan baik di samping pasukan. Semua orang dahagakan kemenangan. Semua orang hanya mahu menyerang dan bersemangat tinggi."

Sane memulakan karier profesionalnya di Schalke sebelum berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016 dan dia mengakui berasa simpati dengan nasib bekas pasukannya itu selepas mengalami kekalahan teruk berkenaan.

"Sudah tentu, saya pernah berada lama di Schalke," tambahnya.

"Untuk kekalahan seperti ini pada awal musim, ia sangat sukar. Saya tentu sedikit kesal."

Schalke gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam 17 perlawanan Bundesliga terakhir lantaran itu pengurus, David Wagner, kesal dengan pendekatan "naif" pasukannya ketika menentang juara domestik dan Eropah.

"Ini sangat buruk," kata Wagner. "Kami tidak beraksi dengan baik; Bayern cemerlang. Kami harus bangkit, kami perlu telan kekalahan pahit ini dan menunjukkan tindak balas ketika bertemu Werder Bremen, itu yang kami harapkan daripada kami sendiri.

"Ia satu permainan yang naif apabila anak-anak buah saya tetap mahu mengasak selepas dibolosi gol keempat atau kelima."